KUALA LUMPUR: Majlis Ulama Asia memainkan peranan penting dalam menggalakkan kesederhanaan dengan menawarkan tafsiran seimbang terhadap teks agama, menyokong toleransi dan membimbing umatnya ke arah jalan tengah yang mengelakkan ekstremisme sambil menekankan keseimbangan spiritual.
Dalam ucapan khas di persidangan Majlis Ulama Asia 2024 hari ini Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata majlis itu juga secara aktif menentang ideologi ekstremis, di samping memupuk perpaduan sosial melalui dialog dan kerjasama dalam kalangan pelbagai kumpulan.
"Penglibatan dengan penggubal dasar adalah penting untuk menyokong dasar-dasar yang berasaskan nilai Islam sederhana, meletakkan sasaran kearah masyarakat yang inklusif dan saksama.
"Semasa kita mengakhiri persidangan ini, mari kita komited semula untuk menegakkan nilai ihsan, toleransi dan empati dalam semua interaksi, menjadi contoh cemerlang kesan positif dialog dan kerjasama," katanya hari ini.
Persidangan anjuran Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama Liga Dunia Muslim (MWL) itu dirasmikan oleh Ahmad Zahid di hadapan Setiausaha Agung MWL dan Pengerusi Pertubuhan Ulama Islam Syeikh Dr Mohammad Abdulkarim Al-Issa.
Ahmad Zahid berkata penyertaan aktif, pertukaran idea dan perhubungan baharu semasa persidangan itu menggariskan potensi kerjasama dalam menangani cabaran global yang hadapi umat Islam.
Beliau turut mengalu-alukan para perwakilan untuk meneruskan semangat kerjasama dan dialog melangkaui perhimpunan, merentasi sempadan untuk memupuk keamanan dan saling menghormati.
Menurutnya pelan tindakan serantau adalah penting untuk menggalakkan perpaduan, keharmonian, dan memerangi kezaliman, penindasan serta kebencian, dan program ini sepatutnya memudahkan perbincangan dalam kalangan ulama dan pemimpin untuk mencapai matlamat berkenaan.
Dalam aspek tempatan Ahmad Zahid berkata Malaysia komited membangunkan Malaysia MADANI untuk memastikan kestabilan melalui nilai dan perpaduan dalam kalangan pelbagai masyarakat berdasarkan kepada kemampanan, ihsan, saling menghormati, inovasi, kemakmuran dan kepercayaan.
Beliau berkata nilai-nilai itu bukan hanya untuk rakyat Malaysia sahaja, tetapi (ia) aspirasi sejagat untuk keamanan dan keharmonian kerana perpaduan antara negara harus melangkaui sempadan.
"Ukhuwwah Islamiyah merentasi sempadan, menerima perbezaan kaum dan budaya tanpa diskriminasi berdasarkan warna kulit atau bahasa.
"Perpaduan pemikiran, hati dan tindakan adalah penting untuk kestabilan dan daya tahan. Prinsip kita bersama daripada al-Quran dan as-Sunnah, membimbing kita ke arah mencari keredaan Allah," katanya.
Ahmad Zahid turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Sheikh Mohammad atas sokongan yang tidak ternilai dalam menganjurkan persidangan itu.
"Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih dan penghormatan yang tidak terhingga kepada semua ulama Asia, terhadap usaha dan dedikasi anda dalam mencurahkan khidmat bakti kepada agama dan masyarakat," katanya.
Beliau turut mengucapkan tahniah kepada penganjur utama, Jakim dan semua pihak yang telah menyumbang kepada kejayaan persidangan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 08 2024
Ahmad Zahid Hamidi (tengah) bergambar kenangan bersama delegasi selepas merasmikan Majlis Ulama Asia 2024, hari ini. -- fotoBERNAMA
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
Ahmad Zahid ucap selamat ulang tahun BN ke-50
BN dibentuk oleh Abdul Razak pada 1 Jun 1974 yang merupakan Perdana Menteri serta Presiden UMNO ketika itu.
China setuju lanjutkan tempoh pengecualian visa untuk rakyat Malaysia - Ahmad Zahid
China bersetuju untuk melanjutkan tempoh pengecualian visa pelancong Malaysia dari 15 ke 30 hari, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
TPM, jemaah menteri ucap selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof bersama jemaah menteri hari ini mengucapkan selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai kepada seluruh masya
TPM Zahid lakukan kunjungan hormat ke atas PM China, Li Qiang
Ahmad Zahid mengadakan kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri China, Li Qiang di Rumah Tamu Negara Diaoyutai di Beijing.
Ahmad Zahid mulakan lawatan rasmi ke Beijing
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memulakan lawatan rasmi beliau di Beijing pagi ini dengan menghadiri mesyuarat pre-council.
Ahmad Zahid tiba di Beijing akhiri lawatan rasmi ke China
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tiba di destinasi terakhir bagi rangka lawatan rasminya ke China, hari ini.
MARA Corporation teroka pembuatan kenderaan EV, tenaga boleh diperbaharui dengan syarikat gergasi China
MARA Corporation menempa satu lagi kejayaan dalam bidang perniagaan baharu terutama membabitkan tenaga boleh diperbaharui dan pembuatan bas elektrik.
'Masa depan lepasan SPM kurang cemerlang belum berakhir' - Ahmad Zahid
Timbalan Perdana Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang menerima keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 hari ini.
BN tetap sokong calon Kerajaan Perpaduan di PRK Sungai Bakap - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata BN dan UMNO tetap bersedia dan akan menggerakkan jentera walaupun calon yang bertanding bukan gabungan berkenaan.
Ahmad Zahid raikan komuniti, pelajar Malaysia di Shanghai
Pelajar dan rakyat Malaysia di China dianggap sebagai duta kecil dan mereka perlu menjaga imej negara dengan menolak tohmahan serta menjawab segala prejudis serta salah faham berkaitan Malaysia.